KUCHING: Sekiranya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak masih mahu penyandang Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menjadi ketua, beliau sedia memberi komitmennya mengetuai parti itu di negeri ini.

Berucap di hadapan lebih 300 penyokong yang menyambut ketibaan beliau dari Miri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hari ini, Baru berkata terpulang kepada ahli parti dan sebagai ketua cabang di negeri ini menentukan masa depan perjalanan PKR di negeri ini.

Baru yang juga Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ba’Kelalan — satu-satunya wakil PKR Sarawak yang berada dalam Kabinet Persekutuan – turut memberi jaminan beliau terus mempertahan hak Sarawak di kabinet serta melakukan yang terbaik.

Jika Baru mengambil sikap terbaharu ini, pada Disember nanti bakal menyaksikan, Ketua PKR Cabang Julau Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau mencabar Baru merebut jawatan Pengerusi PKR Sarawak pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) yang disandang sedekad oleh Baru. –Sarawakvoice

Foto: FB Zakaria Abdulhamid