Tuesday, August 16, 2022

GPS berikrar tidak sekali-kali “serah” S’wak dipimpin parti luar, parti tempatan lebih arif

Secara Rawak

KUCHING: Tiada keperluan membawa parti dari Semenanjung ke Sarawak terutama dalam agenda memperjuangkan hak Sarawak yang terhakis selama ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) terdiri Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

GPS menurut Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berikrar tidak sesekali “menyerah” Sarawak dipimpin parti politik luar kerana hanya parti asal tempatan lebih arif kehendak “pemerintahan” negeri ini.

Wan Junaidi selepas Majlis Penyampaian Cek Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pusat Khidmat Parlimen Santubong berkata, susulan kelulusan GPS, gabungan itu sedia mengadakan jerayawara menerangkan matlamat perjuangan parti kepada seluruh rakyat Sarawak.

Pada majlis tersebut, Wan Junaidi menyerah dana RM114,300 kepada 40 pertubuhan dalam kawasan Parlimen Santubong bagi melancarkan perjalanan aktiviti di kawasan terbabit. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru