Wednesday, December 7, 2022

Khatamal Quran SK Abang Leman Kabong meriah dan warna-warni

Secara Rawak

KABONG: Seramai 88 peserta terlibat dalam Majlis Khatamal Quran anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman yang berlangsung pagi ini.

Majlis dimulakan dengan sesi perarakan dari Masjid Assabirin bermula jam 8 pagi . Daripada 88 peserta, 84 peserta merupakan murid dari SK. Abang Leman Kabong manakala 4 peserta lagi adalah dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Kabong.

Perarakan peserta kali ini melalui kawasan kampung dan pekan kemudiannya menuju ke Dewan Polis iaitu lokasi utama majlis khatamal tahun ini.

Untuk tahun ini perarakan turut melibatkan perarakan peserta dengan menggunakan 17 usungan atau julang manakala sebahagian peserta lagi berjalan kaki bersama pasukan kompang dan ibu bapa peserta serta guru-guru sekolah.

Acara khatamal Quran bermula di Dewan Polis kira-kira jam 9 pagi.

Hadir sama ADUN Kabong, Mohd. Chee Kadir dan isteri, Pegawai Daerah Kabong, Kamaludin Haji Alkap dan isteri, Guru Besar SK Abang Leman, Haji Bujang Haji Lee, Guru Besar SJKC Chung Hua, Chang Tsai Heng dan wakil Pegawai Pendidikan Daerah Saratok, Haji Aziz Morshidi.

Acara khatamal Quran pada tahunan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 600 ibu bapa murid yang terlibat. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru