KUCHING: Hujan lebat yang turun sekitar jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini berdepan banjir kilat.

Antara kawasan teruk ialah di hadapan Hotel Merdeka Palace dan Jalan Haji Taha.

Keadaan tersebut menyukarkan pergerakan kereta sehingga menyebabkan perjalanan dari The Hill ke Hotel Merdeka Palace memakan masa sekitar 40 minit jam, kata seorang pemandu yang enggan dikenali.

Hujan dan ribut mulai reda selepas jam 6.30 petang ini. –Sarawakvoice