KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari bin Tun Datuk Abang Haji Openg petang ini menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Sarawak, Razim bin Mohd Noor di Pejabat Ketua Menteri, Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya Kuching.

Datuk Abang Johari juga menerima kunjungan serupa di tempat sama daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, Narong Sasitorn yang berada di Kuching dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak.

Sasitorn telah ditemani oleh pegawai-pegawai dari Kedutaan Thailand dan diiringi oleh Deddy Faisal, Pengarah Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negara. –Sarawakvoice