Sunday, November 27, 2022

Rumah dua tingkat musnah sekelip mata di Kampung Sealine, Lutong

Secara Rawak

MIRI: Sebuah rumah dua tingkat musnah sekelip mata dalam satu kebakaran di Kampung Sealine, Lutong di sini petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.35 petang dan dua jentera, sebuah ambulans EMRS dan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng dan Miri segera diatur gerak ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, kebakaran dilaporkan memusnahkan sama sekali rumah berstruktur separuh kekal berkeluasan 20 kaki x 40 kaki ini.

“Ia turut memusnahkan sebuah motosikal.

Ling Hii berkata, sebaik tiba pihaknya segera membuat pemadaman firebreak untuk mengawal kemerebakan api ke rumah berdekatan.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.15 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Kesemua lapan penghuni rumah tersebut dapat menyelamatkan diri.

Turut membantu sebuah jentera bomba Petronas dengan kekuatan lapan anggota.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru