Tuesday, August 16, 2022

Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak ditubuhkan untuk golongan belia

Secara Rawak

SIBU: Kementerian Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, Belia, dan Sukan Sarawak menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak yang berperanan untuk menyelaras dasar-dasar yang berkaitan dengan golongan belia.

Menterinya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ,” Golongan Belia merupakan harapan nusa dan bangsa selain memikul tanggungjawab berat dalam memastikan kesinambungan kesejahteraan serta kemakmuran masyarakat dan negara.”

“Oleh demikian, jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menyediakan platform yang baik untuk merancang , menyelaras dan memantau serta menilai perkembangan serta hala tuju pembangunan belia di Sarawak,” ujarnya sewaktu berucap di Majlis Penangguhan Hari Belia di Sibu semalam.

Tambah Karim, “Selain daripada itu, jawatankuasa yang telah ditubuhkan ini akan juga mengumpul pelbagai maklumat penting serta isu dan masalah golongan belia untuk ditangani bersama dalam mencari jalan atau pendekatan yang terbaik untuk menyelesaikannya.”

Jelas Karim lagi, ” Selaras dengan perkara ini, fungsi dan peranan jawatankuasa ini juga memantau , menyelia pelbagai pelan serta perancangan aktiviti dan pertubuhan berkaitan dengan belia.”

“Walaupun jawatankuasa ini baru saja ditubuhkan , namun ianya menjalankan inisiatif kajian Indeks Belia Negeri Sarawak yang dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Belia Malaysia atau IYRES. Sekurang-kurangnya 14,000 orang responden daripada 40 buah daerah di seluruh negeri akan turut terlibat dalam kajian ini,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya itu.

Jelas Karim, “Kajian ini adalah penting kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Kementerian kerana ianya memberi maklumat relevan mengenai keadaan dan kesejahteraan golongan belia tempatan.”

Tegas Karim, ” Negeri Sarawak juga negeri ketiga di Malaysia yang mengadakan kajian mengenai golongan belia tempatan dan ini merupakan inisiatif yang boleh membela nasib golongan muda mudi dan kami juga yakin kajian ini akan membantu dalam perancangan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan yang melibatkan golongan belia.” –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru