Tuesday, June 28, 2022

JPP putus tiada pemilihan semula di Cabang PKR Julau, semua undi berjaya dimuat naik

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Parti Keadilan Rakyat yang bermesyuarat pada semalam memutuskan tiada pemilihan semula dilakukan di Cabang PKR di Julau, yang sebelum ini gempar dengan isu tablet e-undi dipasang pepijat Prey.

Pengerusinya, Datuk Rashid Din dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat setelah mendengar penjelasan daripada Unit Operasi dan Unit Sistem & IT parti itu.

“Kita juga mengambil kira Laporan Teknikal daripada pihak pembangun sistem e-undi berkenaan isu ini.

“Atas pertimbangan tersebut, kita putuskan pemilihan Cabang Julau, tidak akan diadakan semula.

Katanya, keputusan ini berdasarkan pada analisis hasil kiraan undi yang membuktikan bahawa semua data adalah selamat dan telah pun berjaya dimuat naik ke pelayan sistem cloud biarpun aplikasi e-undi pada 6 unit tablet telah disapu bersih oleh perisian Prey Anti-Theft.

“Perincian undi yang direkodkan dan analisis teknikal menunjukkan bahawa tiada undi yang tercicir dan keputusan pengundian tersebut sebenarnya boleh diterima pakai.

Katanya, keputusan pemilihan untuk Cabang Julau, Sarawak akan dimuat naik dalam portal rasmi Pemilihan Parti (www.pemilihankeadilan2018.com) dalam masa terdekat.

Kes yang dikesan pada Sabtu lalu itu telah menyebabkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak menahan seorang suspek, bagi membantu siasatan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru