KUCHING: Seorang lelaki yang berasal dari Subang Jaya dicekup polis Sarawak pagi tadi susulan insiden serangan siber terhadap proses e-undi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat di Cabang Julau, semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki itu, seorang pengatur cara sistem komputer, berbangsa Cina dan berusia 44 tahun tersebut ditangkap di di Lapangan Terbang Sibu,

“Terlebih dahulu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak pada semalam telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, berhubung isu itu.

“Siasatan kemudian dijalankan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu penggubahsuaian tanpa kuasa kandungan komputer.

“Kesalahan ini jika disabitkan boleh dihukum di awah Seksyen 5(4) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman, denda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Kejadian kata Mustafa, dipercayai berlaku pada jam 2.30 petang semalam di Kompleks Sukan Julau Sarawak.

“Pengadu pada waktu itu melihat salah seorang petugas Jawatankuasa Pemilihan Parti JPP yang dikenal pasti sebagai suspek sedang memeriksa tablet satu persatu.

“Pengadu kemudian dimaklumkan bahawa Sistem E-Ubdi telah digodam oleh Malware Prey.

“Pengadu mengesyaki suspek dan meminta siasatan dijalankan oleh polis untuk mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat.

Turut dirampas ialah satu unit komputer riba, seunit ipad, dua unit Iphone dan lima pendrive.

Suspek kata Kamal, kini sedang disiasat di Sibu.

“Sekiranya siasatan dapat diselesaikan terhadapnya, dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, permohonan reman 117 Kanun Prosedur Jenayah akan dipohon,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice