Monday, November 28, 2022

Lima jam bertarung padamkan kebakaran bilik guru SMK Medamit

Secara Rawak

LIMBANG: Pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa hampir lima jam sebelum dapat memadamkan sepenuhnya, kebakaran yang melibatkan bangunan bilik guru di SMK Medamit di sini tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Linggem memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.28 pagi dan sebuah jentera serta sebuah ambulans EMRS segera diatur gerak ke lokasi dengan kekuatan sembilan anggota.

“Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran melibatkan bangunan bilik guru dua tingkat jenis struktur kekal berkeluasan 8 meter x 30 meter, yang terbakar di bahagian atas dan peratusan kebakaran adalah 50 peratus.

“Anggota bomba membuat pemadaman menggunakan sumber air jentera dan sumber air terbuka hingga api padam sepenuhnya.

Katanya, teknik RECEO terpaksa diaplikasi dalam operasi ini hinggalah api padam sepenuhnya pada jam 5.16 pagi tadi.

Kebakaran kata Tawang, tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa.

“Punca kebakaran masih disiasat pasukan forensik perubatan,” jelasnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru