KUCHING: Dengan bertemakan warna “Merah-Hitam” acara ‘AN EVENING WITH M.O COUTURE SARAWAK’ yang dianjurkan oleh M.O Couture Sarawak menampilkan koleksi busana ‘ready to wear’ dan Pua Kumbu untuk koleksi tahun 2019-2020 pada 3 November 2018 yang lepas.

Tahun ini, M.O Couture Sarawak menampilkan 11 koleksi “Ready to wear” berkonsepkan fesyen moden yang mempunyai penelitian tersendiri dalam rekaan dan 14 koleksi yang mengetengahkan kain “Pua Kumbu” dalam setiap busana yang ditampilkan.

Menurut Mizta dan Otine (Penganjur) mereka telah mengambil masa empat bulan melakukan persiapan untuk menganjurkan program itu dan idea-idea untuk rekaan koleksi hasil cetusan idea bersama dengan rakan-rakan serta kumpulan produksi yang terlibat.

Acara pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom serta isteri serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.

Beliau pada malam tersebut telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada M.O Couture Sarawak dan menyokong penuh acara seumpama itu yang diadakan golongan muda dalam mengetengahkan bakat masing-masing.

Dr. Stephen Rundi berkata, bukan sekadar baju sahaja yang dapat dihasilkan dari produk pua kumbu tetapi juga produk lain seperti kasut, tali leher, beg dan pelbagai lagi yang boleh dikeluarkan dalam pasaran antarabangsa.

Beliau berkata demikian kepada ditemui pemberita TVSarawak selepas program tersebut.

Antara personaliti yang menjadi tumpuan pada acara malam itu ialah Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping dan Miss Supranational Malaysia 2018, Sanjana Suri juga yang menjadi MUSE untuk M.O Couture Sarawak 2019-2020.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terkini M.O Couture Sarawak anda boleh mengikuti laman Facebook Mizta.Otine Couture & Wedding Sarawak atau Instagram M.O Couture Sarawak.