KUCHING: Kerajaan Persekutuan memandang serius dan berusaha menyelesaikan masalah 116 sekolah daif di negeri ini.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sekolah berkenaan dikenal pasti untuk dinaik taraf sebelum ini.

“Projek menaik taraf dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) semua telah disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya sambil menambah cuma projek bawah Kementerian Pendidikan yang masih belum siap.

“Oleh itu, kerajaan memutuskan JKR mengambil alih projek menaik taraf yang terbengkalai untuk dilaksanakan memandangkan mereka lebih mahir,” ujar Azmin.

Seterusnya, Azmin mendedahkan lawatannya ke bandar raya ini turut diisi dengan sesi mendengar penerangan oleh pegawai kementeriannya berhubung projek pembangunan untuk Sarawak.

“Saya turut melawat projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di SK Kampung Tambey, Samarahan untuk memantau projek disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” jelasnya. –Sarawakvoice

Gambar fail