Monday, June 27, 2022

Pengembara masa dari 2030 bertemu dirinya sendiri dari 2070

Secara Rawak

Ini adalah kisah “dua pengembara masa” atau time traveller dari satu individu bernama Noah Novak.

Seorang pengembara masa mengaku dirinya Novak datang dari 2030 dan seorang lagi Novak yang sama datang dari 2070.

Memetik The Sun pada Mac, dua Novak ini bersemuka dan percaya mereka merupakan individu yang sama tetapi datang dari tahun berlainan berdasarkan beberapa padanan ciri latar belakang yang diberikan.

Novak dari 2030 berkata, lelaki dari 2070 itu menunjukkan banyak maklumat peribadi yang pernah dilakukannya semenjak dia kembali ke 2017.

“Dia (Novak 2070) boleh memberitahu semua perkara yang saya buat.

“Hanya orang yang memerhatikan kehidupan saya boleh mengetahui semua itu,” katanya dan amat percaya individu itu sememang dirinya dari tahun berlainan.

Pada sesi bersemuka itu, dua lelaki itu turut membuat ramalan bahawa Donald Trump
terpilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat 2020.

Ramalan lain mereka menyebut mata wang digital bitcoin mengambil alih mata wang dunia.

Mereka turut meramalkan wujud kereta terbang pada masa akan datang sehingga tiada lagi kereta di jalan raya.

Mereka turut memberitahu bahawa separuh penduduk bumi dihapuskan dalam perang dahsyat melibatkan robot gaya filem “Terminator”.

Mereka juga menceritakan tentang kehidupan di planet lain.

Bagaimanapun, artikel dalam The Sun itu sempat mempertikaikan nada suara, ketinggian, berat badan, keperibadian dua Novak ini amat berbeza.

Bagaimanapun, Novak dari 2070 berkata pengembara masa mempunyai “mikrocip” yang menghalang mereka daripada menceritakan fakta yang dapat mengubah rantaian peristiwa.

Dakwaan lainnya, Kecerdasan Buatan (AI) akan mendapat momentum dan alat gaya Google Glass akan mengambil alih trend teknologi komunikasi. . –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru