KIEV: Penduduk Saltivka di Ukraine terkejut mendapati mayat tidak berkepala ditinggalkan dekat pintu masuk bilik bawah tanah berhampiran satu blok apartmen.

Mayat tersebut turut menunjukkan kesan ia dilapah.

Ekoran itu, menurut Daily Mail dua beranak, ayah dan anaknya berusia 20 tahun ditahan polis selepas disyaki memenggal bekas polis dan memakan mayatnya.

Dalam serbuan tersebut polis turut menemui kepala mangsa berusia 45 tahun itu disorok di dalam kotak dekat balkoni rumah terbabit.

Mangsa dilaporkan hilang sejak awal Oktober lalu.

Ketika diserbu, dua suspek tersebut ditemui separuh bogel.

Penduduk bernama Alexandra Grabeynik berkata dia melihat mayat tiada kepala itu dengan seluarnya disingsing dan dagingnya dikerat dari bahagian kaki. –Sarawakvoice