Friday, August 12, 2022

Minyak, gas 100% aset S’wak, kami berikan kepada Petronas bukan sebaliknya — Masing

Secara Rawak

KUCHING: Minyak dan gas adalah aset Sarawak 100 peratus dan kenapa perlu dibincangkan berkaitan jumlah peratus yang harus diberikan kepada Sarawak?

Itu komen paling tegas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing merangkap Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Masing merespons kenyataan Pengerusi Dap Sarawak Chong Chieng Jen bahawa PH Sarawak memastikan pada Bajet 2019, Sarawak dan Sabah mendapat 30 peratus seperti dijanjikan manifesto PH.

Masing dalam kenyataanya memetik laporan portal tempatan semalam berkata, Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) patut menentukan berapa banyak yang kita berikan kepada Petronas dan bukan sebaliknya.

Beliau menegaskan, minyak dan gas di Sarawak adalah milik Sarawak dan negeri ini berhak menentukan sejauh mana ia mahu berkongsi dengan Petronas dan bukan sebaliknya.

Masing percaya kegagalan Pakatan Harapan (PH) memahami hal ini menjadi sebab mereka gagal melindungi kepentingan Sarawak.

“Kami berikan kepada Petronas dan bukan Petronas memberikan kepada kami,” ujar Masing dalam kenyataannya.

Masing yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan dalam kenyataannya berkata, beliau tidak akan membincangkan peratusan minyak dan gas yang diberikan kepada Sarawak pada Bajet 2019 berdasarkan andaian, sehinggalah selepas dibentangkan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membentang Bajet 2019 di Parlimen 2 November depan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru