KUCHING: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) semalam memaklumkan bahawa kerja-kerja baik pulih ke atas kebocoran paip utama yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di kawasan Tanjung Manis, Rejang, Belawai, Jerijih, Serdeng dan Pulau Bruit masih giat dilakukan.

Bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan, pihak JBALB telah menutup sementara operasi Stesen Pam Penggalak Baji sepanjang tempoh kerja baik pulih tersebut.

Bekalan air ke kawasan-kawasan yang terjejas juga masih dilakukan. –Sarawakvoice