Tuesday, September 27, 2022

Jurutera bertindak bijak buat rujukan silang, elak kerugian RM25 ribu akibat muslihat Macau Scam di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Tindakan bijak seorang jurutera menghubungi segera Balai Polis Johor Jaya dan bertanyakan maklumat kes yang kononnya berkaitan dengan dirinya, serta nama individu yang berurusan dengannya sebelum itu, berjaya mengelakkan dirinya daripada ditipu oleh sindiket Macau Scam.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mustafa Kamal Gani, mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung cubaan menipu itu semalam.

“Menurut lelaki Cina itu, dia dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Jeffri dari Trafik Johor Jaya dan memberitahu mangsa ada terlibat dengan kes langgar lari.

“Suspek kemudian meletakkan talian telefon dan dia kemudian dihubungi semula oleh seorang lagi individu yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Mark dari Balai Polis Johor Jaya, yang memberitahu nombor kad pengenalan pengadu digunakan untuk menyewa kenderaan dan terlibat dengan langgar lari.

“Kereta sewa tersebut dakwanya telah ditahan dan pihaknya telah menjumpai dadah bersama-samanya.

“Suspek juga memberitahu mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan mengenali mangsa serta akaun banknya.

Suspek memberitahu mangsa ada akaun bank OCBC dan terdapat wang berjumlah RM 2.8 juta di dalam akaun tersebut.

“Selepas suspek meminta butir-butir akaun bank dan jumlah wang di dalam akaun mangsa serta butir-butir peribadi keluarga mangsa, dia meminta wang sejumlah RM25 ribu sebagai jaminan agar waran tangkap tidak dikeluarkan dan pengadu tidak akan direman.

Mangsa bagaimanapun bertindak bijak dengan membuat rujukan silang ke balai berkaitan, sebelum menyedari dirinya ditipu. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru