Thursday, June 30, 2022

Jika kita ikhlas untuk membantu, kita akan mencari jalan, tidak dapat tunggu Kerajaan Persekutuan – Abang Jo

Secara Rawak

BINTULU: Sarawak tidak lagi bergantung kepada Kerajaan Persektuuan untuk projek-projek bekalan air di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, mereka (Kerajaan Persekutuan) hanya tahu mengumumkan projek namun ia tidak pernah tiba.

“Jika kita ikhlas untuk membantu, kita akan mencari jalan. Tunggu pengumuman saya dalam Bajet Negeri pada 5 November kelak,” katanya ketika melancarkan Pakej 1, Pembekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas) di Rumah Banta, Sebauh.

Projek di Rumah Banta ini merupakan sebahagian daripada Pakej 1 yang menelan kos RM14 juta.

Ia dimulakan pada 31 Oktober lalu, dan siap sepenuhnya pada 30 Ogos lalu.

Bekalan air bersih alternatif ini dimanfaatkan oleh 80 isi rumah, melibatkan loji rawatan air dengan kapasiti 100,000 liter sehari, tangki air, salur paip dan paip agihan.

Katanya, Sawas merupakan inisiatif Kementerian Utiliti di bawah Program Grid Air Sarawak untuk membekalkan air bersih dan terawat kepada kawasan luar bandar dan pedalaman, yang belum disambung dengan sistem saluran air.

Antara lokasi lain untuk Pakej 1 ialah Rumah Uncha, Rumah Sunam Una,Rumah Kaya Paji dan Rumah Renang.

Pakej 2 meliputi Long Seridan, Long Peluan (Miri) dan Kalampun (Limbang).

Pakej 3 pula melibatkan Rumah Untat, Sungai Melipis (Kapit), Rumah Ninting, Nanga Jambu (Lubok Antu), dan Kampung Belantak (Limbang).

Pakej 4 ialah Kampung Semah (Daro) manakala Pakej 5, Kampung Penasu, Muara Lebaan, Rumah Chocok, Rumah Menggong, Rumah Amoi dan Rumah Minang di Daro.

Pada majlis yang sama, Abang Johari berkata, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti 217 kawasan yang berhadapan bermasalah air bersih, dan sebanyak RM2.8 bilion telah diperuntukkan untuk menanganinya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru