Tuesday, June 28, 2022

309 projek ‘turun padang’ bernilai RM5.7b dipantau Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri – Abang Jo

Secara Rawak

BINTULU: Semua projek infrastruktur berimpak tinggi dan untuk kemudahan rakyat kini dipantau Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri yang baharu ditubuhkan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah meluluskan 309 projek ketika ‘turun padang’ di 187 kawasan melibatkan peruntukan berjumlah RM5.7 bilion.

“Ini adalah projek rakyat dan ia turut melibatkan pembinaan jalan raya, jambatan, kemudahan sosial, kemudahan air terawat serta bekalan elektrik,” katanya setelah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut di sini semalam.

Abang Johari yang kini menghampiri tahun kedua sebagai Ketua Menteri Sarawak berkata, projek-projek ini penting kerana ia akan menaik taraf kehidupan rakyat di kawasan luar bandar serta mewujudkan peluang perniagaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

“Justeru amat penting untuk semua projek ini siap mengikut jadual.

Mesyuarat jawatankuasa ini telah berlangsung pada 20 Julai dan 29 Ogos lalu dan telah menyelesaikan banyak isu pembangunan.

“Malah kita telah meningkatkan prosedur operasi standard untuk semua proses pembangunan ini selain membangunkan mekanisme baharu yang membolehkan projek-projek ini dilaksanakan dengan cepat serta mematuhi praktis tadbir urus yang baik.

Kebanyakan projek ini kata Ketua Menteri lagi, telah diiklankan oleh beberapa agensi dan mereka yang berjaya akan menerima dokumen tender pada bermula Disember depan hingga Januari. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru