Monday, November 28, 2022

Ops SAR mencari pencari besi yang hilang di sungai di Tatau diteruskan, PPDA cuba hari kedua selepas arus deras semalam

Secara Rawak

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan untuk hari ketiga bagi mencari seorang pencari besi yang hilang selepas melakukan pencarian besi di bawah jambatan di sebatang sungai Kampung Haji Ismail, Kuala Tatau di sini pada Jumaat.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, operasi pada hari ini bermula jam 8.30 pagi tadi.

“Pasukan SAR dibahagikan kepada tiga sektor iaitu Muara Kuala Tatau, yakni di sekitar kawasan bawah jambatan secara kaedah ‘Water Surface Searching’ manakala pasukan Pasukan Penyelamat Di Dalam Air (PPDA) pula akan membuat penyelaman di dasar sungai.

“Seramai lapan anggota daripada Balai Tatau terlibat dalam operasi ini selain enam anggota PPDA dari Balai Bintulu.

Turut terlibat tiga anggota polis dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam.

Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan Zaidiya Zaini, 34 tahun pada jam 4.01 petang pada Jumaat.

Ketika operasi mencari dilakukan semalam, pasukan PPDA berhadapan kesukaran untuk melakukan selaman kerana kadar penglihatan yang rendah serta arus air sungai terlampau deras. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru