BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) nelayan jatuh laut pada jam 9.15 malam 25 Oktober lalu.
Menurut Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, pihaknya menerima maklumat daripada pemilik bot bahawa terdapat seorang mangsa jatuh laut iaitu kira-kira 35 batu nautika dari Tanjung Kidurong.
“Pemilik bot memaklumkan bahawa tekong bot telah menghubungi beliau dan memberitahu, mangsa telah jatuh laut setelah disedari hilang kira-kira jam 4.00 petang semalam.
“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Hamden Dandan, 41 tahun dari Kampung Hilir, Pusa.
McQueen berkata, dua buah APMM Bintulu telah diaturgerakkan bagi menjalankan operasi carilamat tersebut.
“Kita berharap komuniti maritim terutamanya di Bintulu dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan insiden ini dan menggesa supaya mengutamakan keselamatan semasa berada di laut dengan sentiasa memakai jaket keselamatan .
Komuniti maritim katanya, juga diingatkan agar lebih berwaspada semasa musim tengkujuh berikutan monsun timur laut ketika ini dan elakkan ke laut sekiranya cuaca laut buruk.
Sebarang maklumat boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254. –Sarawakvoice