Monday, June 27, 2022

RM3b diperuntuk untuk UDRA, HDA pada 2019 — Abang Jo

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak memberikan peruntukan yang besar kepada Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah Sarawak (Recoda) dalam Bajet 2019 untuk meransang pembangunan di kawasan-kawasan jagaannya.

Pengerusinya, yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau memperuntuk RM1.5 bilion kepada Agensi Pembangunan Hulu Rajang (Urda) untuk projek jalan raya dan bekalan air, manakala RM1.5 bilion lagi kepada Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk membangunkan aktiviti pertanian dan pelancongan.

“Peruntukan besar juga diberikan kepada Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk memesatkan pembangunan Limbang dan Lawas, termasuk membina Jambatan Limbang, yang akan terus menghubungi Bandar Sri Begawan di Brunei Darussalam,” katanya ketika berucap pada jamuan tengah hari Recoda Bike Ride, yang menandakan permulaan sambutan ulang tahun ke-10 Recoda.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datu Ismawi Ismuni dan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Wahab Abang Julai.

Sementara itu, Ismawi dalam ucapan aluannya mendedahkan pelaburan di Taman Perindustrian Samalaju kini mencecah RM36.4 bilion dari sudut pelaburan langsung asing.

“Ia telah mencipta 17 ribu peluang pekerjaan.

“Ini membantu menjadikan Score sebagai koridor pembangunan yang paling berjaya di negara ini setakat ini.

Katanya lagi, Taman Perindustrian Samalaju juga diiktiraf sebagai antara yang berpotensi di China, hingga tersenarai dalam ‘bigdata’ persatuan pelaburan negara tersebut.

Konvoi bermotosikal berkuasa besar yang diketuai Abang Johari disertai oleh 125 penunggang. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru