KOLKATA: Pemuda bernama Argha Biswas, 20, sanggup merogol nenek berusia 100 tahun Selasa lepas, ketika mangsa tinggal sendirian di rumahnya yang tidak berkunci di Chakulia dalam daerah Nadia, Bengal Barat.

Cucu kepada Chakulia berkata, dia terdengar suara aneh dari kediaman neneknya itu.

Metro.uk melaporkan, sebaik sahaja melihat melalui tingkap, saksi tersebut meminta bantuan orang lain agar membantu neneknya yang dirogol pemuda berkenaan.

Biswas si perogol itu kini direman14 hari untuk menunggu pendengaran kes di mahkamah.

Biswas ketika ditanya pemberita di luar mahkamah mengaku mabuk dan tidak sedar melakukan jenayah rogol itu.

Dalam kes rogol tersebut, Biswas ditemui bersembunyi di bawah katil dan ditemui ahli keluarga mangsa.

Warga emas itu diperiksa di hospital dan dibenar pulang kemudiannya. –Sarawakvoice

Biswas, 20, suspek rogol nenek berusia 100 tahun,
Nenek 100 tahun jadi mangsa rogol pemuda, 20.