Monday, August 8, 2022

Adaptasi teknologi pintar dan amalan baharu untuk aktiviti pertanian yang lebih agresif dan berdaya saing — Uggah

Secara Rawak

KUCHING: Golongan petani dan usahawan tani di negeri perlu mengadaptasi dan menyesuaikan diri dengan proses dan amalan baru, sederhana dan lebih berkesan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerana itu mereka perlu melebarkan pengetahuan, terutama yang berkaitan teknologi moden dalam  pertanian agar selaras dengan perubahan pesat yang berlaku di seluruh dunia.

“Kerajaan komited untuk melengkapkan pemain industri kita dengan teknologi terkini selain mewujudkan amalan untuk mengekalkan industri pertanian negeri yang berdaya saing.

“Ini penting untuk memastikan Sarawak dapat menjadi destinasi pilihan bagi pelabur dan kapitalis teroka,” katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Pertanian dan Industri Asas Tani Sarawak 2018 (ICAAS)  di Pusat Konvensyen Penview di sini semalam.

Persidangan bertemakan “Mengubah Sektor Pertanian Melalui

Pertanian Pintar” menampilkan 40 penceramah dan pakar industri tempatan dan antarabangsa untuk berkongsi pengalaman dengan 1,500 perwakilan.

“Tema ini sangat sesuai dan tepat pada masanya dalam usaha untuk menggalakkan secara aktif kepentingan industri pertanian negara dalam mengamalkan teknologi moden seperti teknologi digital,” katanya lagi.

ICAAS 2018 diiktiraf sebagai salah satu komponen penting dalam Agrofest Sarawak pertama.

Terdapat pelbagai aktiviti utama dianjurkan sepanjang sembilan hari hari aktiviti berlangsung, termasuk aktiviti pameran dan jualan, yang melibatkan 210 gerai, temasuk sebuah Pavilion Pertanian Smart Sarawak khas untuk memaparkan teknologi terkini dan moden untuk sektor pertanian. — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru