Tuesday, September 27, 2022

Jordan ambil semula tanah 400 hektar dipajak Israel 25 tahun lalu

Secara Rawak

AMMAN: Pada 1994, Jordan pernah memajak tanah pertanian lebih 400 hektar di al-Ghumar dan al-Baqura di tebing Sungai Yarmouk bersempadan Jordan-Israel sebagai sebahagian perjanjian damai dengan rejim Israel itu.

Laporan al-Jazeera menyebut, pemimpin Jordan Raja Abdullah II kali ini memutuskan mengambil semula tanah dipajak 25 tahun itu dan tidak mahu memperbaharui perjanjian pajakan berkenaan dengan Israel.

Pajakan tanah tersebut berakhir 2019 dan tempoh akhir memperbaharui perjanjian baharu ialah Khamis ini.

Mengikut perjanjian damai Jordan-Israel, Jordan setuju membenarkan petani dan pegawai tentera Israel berada di situ — Baqura di utara Lembah Jordan dan Ghumar dekat Aqaba di selatan Jordan.

Abdullah memaklumkan keputusan tersebut kepada Israel dan tidak memberi sebab bagi keputusan berkenaan.

Dalam responsnya, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, Jordan berhak mengambil semula wilayah berkenaan.

Bagaimanapun, Netanyahu membayangkan mahu berunding melanjutkan pajakan berkenaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru