Monday, August 15, 2022

Sarawak cadang subsidi tiket penerbangan melalui pesawat sewa khas untuk pelajar Sarawak balik kampung musim perayaan – Abang Jo

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Alangkah beruntungnya menjadi anak Sarawak apabila Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumkan untuk mempertimbangkan subsidi kepada para pelajar Sarawak balik kampung pada setiap musim perayaan.

Menurutnya, menyedari masalah yang dialami anak Sarawak yang terpaksa membayar harga tinggi setiap kali musim perayaan untuk bersama-sama keluarga, beliau akan meminta agar pesawat khas disewa, dengan syarat, ada permintaan yang tinggi dalam kalangan pelajar yang terlibat.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Fadillah Yusuf dan kita pernah melakukan ini sebelum ini.

“Kita akan mempertimbang untuk membayar setengah daripada kos yang ditanggung, dengan syarat pembeli perlu menunjukkan kad pelajar dan membayar melalui aplikasi Sarawakpay,” katanya pada sesi townhall Tanyak Abang Jo di sini semalam.

Setiap tahun ribuan anak Sarawak pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama keluarga pada setiap musim perayaan dan mereka terpaksa membayar sehingga ribuan ringgit sehala, berikutan syarikat penerbangan komersial melonjakkan harga.

“Kami terpaksa mengikat perut berbulan-bulan semata-mata untuk bersama keluarga di hari penting pada hari perayaan,” kata seorang peserta yang bertanya.

Perjelas Abang Johari lagi, perkara itu akan dibawa ke Kabinet Negeri untuk diperbincang.

“Kita memang berhasrat untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri namun kosnya begitu besar.

“Tengoklah, kalau duit kita sudah banyak nanti,” katanya lagi. –Sarawakvoice

Gambar fail

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru