Friday, August 12, 2022

KKR mungkin akan turunkan kadar tol, selepas gagal batal – Baru Bian

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kerja Raya tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan kadar tol di lebuh-lebuh raya di Semenanjung Malaysia, selepas membuat keputusan untuk tidak membatalkannya baru-baru ini.

Menterinya, Baru Bian berkata, ia merupakan antara cadangan yang dipertimbangkan, dengan tujuan akhir untuk tidak membebankan rakyat sebagai pengguna jalan.

“Kita masih mengkaji, berjumpa dengan pemegang taruh di Semenanjung dan kini sudah menerima beberapa tawaran.

“ Pada masa yang sama kita sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan,” katanya menjawab isu penerusan kutipan tol di lebuh-lebuh raya di Semenanjung Malaysia.

Katanya, ketika ini yang menjadi keutamaan pihaknya adalah untuk meringankan beban pengguna jalan raya.

Pihaknya juga telah mengadakan perjumpaan dengan para pemegang konsesi tol dan amat terbuka kepada semua cadangan.

Sebelum ini Baru mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan dapat menghapuskan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, kerana keadaan fiskal negara yang meruncing.

Satu-satunya negeri yang melaksanakan penghapusan tol di Malaysia ketika ini ialah Sarawak, apabila Allahyarham Tok Nan membatalkan semua konsesi yang sedia ada, dengan menawarkan kaedah alternatif. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru