Tuesday, December 6, 2022

80,000 orkid dari 80 spesies penuhi Taman Orkid DBKU di Petra Jaya

Secara Rawak

TAMAN Orkid Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terletak bersebelahan Astana Negeri dan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak seluas 15.4 ekar dibuka rasmi 5 Mei 2009 dan dirasmikan 5 Mac 2010.

Taman Orkid ini menggantikan taman asal 6.8 ekar terletak di Pangkalan Sapi yang sebahagiannya dijadikan tapak kompleks baru DUN Sarawak.

Keistimewaan taman orkid ini mempamerkan sekitar 80 spesies pelbagai jenis dan warna orkid dari jenis hibrid dan epifit (menumpang), tanaman tanah atau di dalam pasu.

Terdapat spesies orkid memanjat atau menjalar serta terdapat orkid jenis Litofit yang hidup menjadikan batu berlumut sebagai medium.

Secara keseluruhannya terdapat sekitar 80,000 pokok orkid dari 127 genera memenuhi taman ini.

Taman Orkid DBKU.

Antara tarikan utama Taman Orkid DBKU ini ialah koleksi Orkid Borneo yang terkenal dengan bunganya yang cantik dan berpotensi dijadikan tanaman hortikultur.

Jenis Orkid Borneo yang terdapat di taman ini adalah seperti Lady’s, Slipper (Paphioppedillum Stonei dan P.Lowii), Coelogyne Pandurata, Vanda Dearei dan Phallaenopsis Violacea.

Taman orkid ini dibuka pada Selasa hingga Ahad bermula 9.30 pagi hingga 6 petang dan tutup pada Isnin.

Masuk percuma dan pengambilan foto dibenarkan.

Taman orkid ini turut menganjurkan Pameran Orkid Antarabangsa bermula 2011.

Pameran melibatkan penyertaan 13 negara antaranya Korea, Singapura, Jepun, Thailand, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Taiwan, Filipina, China, Hong Kong dan Brunei. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru