Sunday, June 26, 2022

Hantu pocong Gong Goi berkaki satu, dan hantu budak di dalam kereta

Secara Rawak

CHANTHA Sitouluk memuat naik rakaman klip video hantu Gong Goi di Facebooknya dan video viral itu sudah ditonton hampir empat juta kali oleh netizen.

Gong Goi atau “pocong?” hantu mitos Thailand bersaiz kanak-kanak, tinggal di hutan dan bergerak dengan melompat sambil menjerit “Gong Goi, Gong Goi!” berulang kali.

Klip video yang didakwa di rakam di Thailand dan ada yang mendakwa dirakam di Laos itu melompat di sebelah jalan dalam cahaya suluhan lampu kereta.

https://www.facebook.com/chantha.sitouluk.9/videos/153006008969749/

Hantu povong kaki satu?

Manakala, edi Ohio, remaja Troy Vance, 15, percaya dia sempat terakam gambar hantu di dalam kereta ketika cuba mengambil foto matahari terbit.

“Saya nak ambil gambar trak dengan matahari terbit sebagai latar belakangnya,” kata Vance memberitahu Agensi Berita Caters.

“Saya tak nampak apa-apa pada masa itu, tetapi selepas saya memuat naiknya ke Facebook, ada orang bertanya di ruangan komen adakah saya yang sedang duduk di kerusi depan.”

Vance berkata, dia meneliti foto tersebut lebih dekat dan terkejut melihat ada “hantu” selepas melakukan “zoom” ke atas foto berkenaan.

Malah Vance mendakwa, imej “hantu” itu menyerupai wajah budak lelaki yang lemas di tasik berdekatan awal 1900-an.

Foto rakaman Troy Vance, ada “hantu” budak duduk di dalam kereta.

Ya, ada banyak kisah hantu!

Sebelum anda membuat kesimpulan berkaitan hantu pocong Gong Goi dalam rakaman klip video Sitouluk di atas yang dirakam pada 27 September lepas, anda perlu menonton klip video ini yang dimuat naik di akaun Facebook Yimyaem pada 9 Oktober lepas.

เผยความจริง ที่มาคลิปผีกองกอย

เผยความจริง ที่มาคลิปผีกองกอย #ยิ้มแย้ม————————-Cr : @Chantha Sitouluk

Posted by Yimyaem on Tuesday, October 9, 2018

Jadi, kini, anda tentu mendapat gambaran sebenar “siapa hantu” pocong berkenaan! –Sarawakvoice

Foto rakaman Troy Vance, ada “hantu” budak duduk di dalam kereta.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru