Tuesday, June 28, 2022

Wanita melecur, kediaman setinggan musnah terbakar di Kampung Pisang, Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Seorang wanita melecur setelah satu blok kediaman tujuh pintu yang didiaminya musnah satu kebakaran di Kampung Pisang, Jalan Pesisir Bintulu-Miri pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.40 petang.

“Dua jentera dan sebuah ambulans kemudian diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu dengan kekuatan 13 anggota.

Kata Ling Hii, setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan kawasan perumahan setinggan dalam kedudukan jarak yang rapat.

“Kesemua satu blok tujuh pintu rumah tersebut telah musnah terbakar sepenuhnya.

“Wanita malang yang melecur tersebut kemudian dikejarkan ke hospital oleh orang awam.

Kata Ling Hii, api berjaya dikawal sekitar jam 7.13 malam.

“Bomba berhadapan masalah besar kerana kawasan tersebut tidak memiliki pili bomba dan sumber air terbuka.

“Justeru pihak kita bergantung kepada bantuan Prime Mover Water Tanker dan anggota terpaksa membentangkan 20 gulung hos untuk sampai ke lokasi rumah terbakar tersebut sejauh 800 meter.

Jentera katanya, tidak dapat memasuki lokasi tersebut disebabkan keadaan jalan yang sempit, tanah becak dan hujan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pasukan forensik kebakaran. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru