Monday, August 15, 2022

Imran Narawi hembus nafas terakhir ketika nama disenarai penerima pingat TYT Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Bekas penyiar radio RTM Sarawak, Mohamad Imran Narawi, 75 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Umum Sarawak, jam 9.00 malam tadi.

Beliau meninggal dunia kerana barah paru-paru, pada hari yang sama namanya disenaraikan sebagai penerima pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS) sempena Sambutan Hari Jadi Ke-82 Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau merupakan antara 24 penerima bintang tersebut pada tahun ini, termasuk seorang secara posthumous.

Ustaz Imran yang kini bertugas sebagai pegawai di Tabung Baitulmal Sarawak amat dikenali kerana perwatakannya yang lembut dan mudah tersenyum.

Menurut rakan setugasnya, Julaihi Udin, allahyarham merupakan penerbit rancangan-rancangan keagamaan di Radio Sarawak pada era 1980-an dan antara yang terkenal ialah program Damir Anbia, yang turut memuatkan deklamasi puisi.

Selain Imran, isterinya Halimah Munir juga merupakan salah seorang penyiar di Radio Sarawak, seangkatan dengan Hashim Lazem, Affendi Julaihi dan Udin Bujang.

Pada 2017, beliau mengetuai 120 jemaah hari dari Sarawak untuk Program Khas Perdana Menteri menunaikan rukun kelima itu, yang melibatan imam dan Pengerusi JKKK.

Imran meninggalkan seorang balu, empat anak dan empat cucu, dan bersara daripada RTM pada 1998, setelah 32 tahun menabur bakti. –Sarawakvoice

Allahyarham Ustaz Imran Narawi (kanan)

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru