Monday, June 27, 2022

Wujudkah “time traveller” melalui bukti individu bawa telefon bimbit termasuk “iPhone” dalam foto lama?

Secara Rawak

Objek menyerupai telefon bimbit ini berusia 800 tahun?
Dalam filem lama Hindustan.
Lelaki berswafoto pada 1962…

Foto ini ditemui seseorang bernama Anggi diambil semasa perasmian jambatan di South Fork, Kanada pada 1940. Terdapat dua orang beraksi seolah-olah membawa telefon bimbit dan berpakaian seperti generasi moden…

Seorang seperti pengembara “time traveller” dalam filem Charlie Chaplin terlihat seolah-olah menelefon di jalanan.. padahal ketika itu telefon bimbit belum wujud.
Laptop dalam lakaran silam?

SEMUA foto di atas yang “menjalar” di media sosial blog serta portal, sekian lama membincangkan kewujudan pengembara masa atau “time traveller” dalam beberapa foto yang diambil seawal 1940-an.

Mereka dibuktikan oleh netizen di media sosial seperti membawa gajet moden khususnya telefon bimbit atau komputer riba.

Dalam kes Andrew Carlssin pada 2003, FBI menyiasatnya selepas dia berjaya meningkatkan portfolionya daripada AS$800 menjadi A$350,000 hanya dalam masa dua minggu.

Carlssin meletak portfolionya pada 126 keputusan urus niaga yang berisiko tanpa dia menempah kegagalan.

Carlssin, 44, mengaku dia berasal dari tahun 2256 dan datang menggunakan mesin masa untuk memudahkannya mengaut keuntungan luar biasa itu.

Peliknya, kisah Carlssin tiba-tiba saja menghilang dan tidak pernah diungkit lagi.

Idea Mesin Waktu

Idea mesin waktu diperbaharui profesor fizik Universiti
Connecticut yang menggunakan persamaan Einstein dan sinar laser untuk mencipta mesin waktu.

Apapun kisah berkaitan manusia lintas masa ini, tidak pernah dibuktikan kebenaran atau pembohongannya.

Kemudian terdapat pada foto lama 1941 dalam acara Forks South Bridge di Gold Bridge, Kanada – menunjukkan lelaki dan wanita berkerumun memakai baju khas ketika itu.

Terlihat pada keanehan foto tersebut ialah terdapat seorang lelaki yang memakai pakaian berbeza dengan penampilan kurang sesuai dengan gaya hidup 1940-an.

Lelaki berkaca mata hitam itu memakai pakaian lebih mirip dengan pakaian santai manusia alaf baru dan dipercayai membawa kamera moden.

Kemudian terdapat foto dari filem Charlie Chaplin dirakam pada 1928 memperlihatkan individu bercakap menggunakan telefon bimbit.

Lelaki Bawa Telefon Bimbit Dalam Foto 1940-an

Terbaru di media sosial, tetapi masih berkisar pada foto lama 1940-an – netizen “berbincang semula” foto dimuat naik Stuart Humphrys di Twitter, memaparkan sejumlah orang berjemur di tepi pantai.

Namun, kehadiran seorang lelaki memakai sut berwarna perang dalam gambar itu menjadi perbincangan pelayar internet.

Kelihatan seolah-olah lelaki tersebut sedang menggunakan telefon bimbit di tengah-tengah kumpulan manusia dalam foto itu.

“Adakah saya saja yang perasan dia sedang bermain telefon bimbit pada 1950-an?” kata lelaki di Twitter.

“Hebat mata kamu, lelaki itu mengembara dari masa hadapan sambil membawa telefon bimbit,” ujar netizen lain.

Seorang pelayar Twitter turut menyifatkan foto tersebut menjadi bukti bahawa pengembaraan merentasi masa sememangnya wujud.

Namun, tidak semua pengguna Twitter berfikiran serupa.

Seorang lelaki berpendapat lelaki tersebut bukan sedang bermain telefon bimbit, sebaliknya sedang menggulung rokok sahaja.

Iphone Dalam lukisan berusia 347 Tahun

Perdebatan mengenai foto seperti ini bukan pertama kali berlaku.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook juga dilaporkan mengakui pernah melihat peranti iPhone dalam lukisan berusia 347 tahun yang dihasilkan oleh Pieter de Hooch di muzium di Amsterdam.

“Apabila tengok karya itu, saya jadi keliru. Mungkin (iPhone) sudah lama wujud,” ujarnya Cook. –Sarawakvoice

Ada yang mencadangkan objek dalam lukisan 350 tahun tersebut karya Pieter de Hooch, bukan iPhone tetapi ialah Cherry BrushPhone…
Foto “nakal” ini dicadangkan oleh seseorang “seniman” di internet…
CEO Apple, Tim Cook mengaku pernah melihat peranti seperti iPhone dalam lukisan berusia 347 tahun karya Pieter de Hooch di muzium di Amsterdam. Adakah itu iPhone? Cook mengaku keliru…
“Adakah saya saja yang perasan dia sedang bermain telefon bimbit pada 1950-an?” kata lelaki di Twitter.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru