KUCHING: Kerja penurapan jalan Kampung Tabuan Tengah bermula 2 Oktober , kini siap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hj Hazland Abang Hj Hipni dalam status di Facebook beliau pada Rabu berkata, projek penurapan jalan kampung itu merupakan projek Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi kawasan DUN Demak Laut.

Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan Hazland dalam usaha mempertingkat prasarana kepada penduduk Kampung Tabuan Tengah.

“Semoga penurapan jalan kampung ini memberikan kemudahan yang baik kepada penduduk Kampung Tabuan Tengah…” memetik tulisan di Facebook Hazland.

Projek diselia oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memastikan dia dilaksanakan mengikut jadual. –Sarawakvoice