BETONG: Seorang lelaki yang melaksanakan aktiviti paranormal ‘memburu hantu’ ghaib di Sungai Engkabang Krian di Saratok dengan jejak terakhirnya dikesan di tepi sungai.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.58 petang semalam dan segera menghantar sepasukan anggota untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurut keluarganya, mangsa telah turun ke sungai pada jam 4.30 pagi Ahad seorang diri untuk melaksanakan aktiviti paranormal tersebut.

“Dan dia tidak balik sehinggga laporan dibuat semalam.

“Penduduk kampung telah meredah kawasan hutan dan sungai namun gagal menemukan sebarang petunjuk.

Pencarian diluaskan sehingga radius 1 kilometer, namun sehingga lewat petang, kelibat Junaidy Lunsa, 49 tahun masih gagal ditemui.

Operasi SAR akan disambung hari ini. –Sarawakvoice