Friday, August 12, 2022

“Berhentilah! Awak bukan satu aset. Awak lialibiliti! — Panglima Tentera Darat

Secara Rawak

MUARA TUANG: “Berhentilah! Awak bukan satu aset. Awak lialibiliti!

Itu ketegasan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi terhadap mana-mana pegawai dan anggotanya yang gagal mematuhi disiplin ketenteraan di bawah pentadbirannya.

Katanya, sebagai bapa, beliau secara terbuka mengakui tidak akan ragu-ragu untuk memberhentikan mana-mana anggota yang tidak berdisiplin dan melanggar disiplin.

“Ada sebab anggota tentera perlu berdisiplin. Biar ia menjadi tabiat kedua, dan anda akan tahu perbezaannya.

“Ia juga penting untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kerana risiko kesilapan bermakna musuh mampu menceroboh negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Lawatan Ulung ke Kem Muara Tuang di sini.

Gambar fail

Lawatan tersebut adalah jemputan dan anjuran Pemerintahan Medan Timur dan Divisyen Pertama Infantri. Turut hadir Panglima Medan Timur, Jeneral Datuk Stephen Mundaw.

Kata Ahmad Hasbullah, beliau tidak dapat berkompromi terhadap pegawai yang tidak berdisiplin.

“Biar saya punyai pegawai yang sedikit tetapi mereka adalah yang terbaik.

“Bukannya ramai yang ejen perosak,” tambahnya lagi.

Berkaitan perosak katanya, beliau tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

“Saya pentingkan pegawai yang jujur. Ada kes disiplin yang berlaku di sini.

“Ada orang yang kita harapkan, tetapi tidak melakukan tugasnya, saya akan berhentikan,” tambahnya lagi.

Tegasnya juga, semua peringkat ketenteraan, baik di peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan perlu memahami tugas masing-masing.

“Kalau pangkat Koperal, jangan lakukan tugas Sarjan. Kalau berpangkat Panglima Briged, jangan lakukan tugas Panglima Medan.

Ahmad Hasbullah menggalas tugas Panglima Tentera Darat pada 3 September lalu, selepas menjawat Timbalan Panglima Tentera Darat selama tujuh tahun.–Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru