Tuesday, September 27, 2022

Nurul Izzah: Papa, di mana gerangan?

Secara Rawak

PORT DICKSON: Kalau kelmarin calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya kecil parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik gambarnya berjogging di tepi pantai Port Dickson, semalam Nurul Izzah pula melakukan perkara yang sama, bagai meniru gelagat ayahnya.

Dengan menggunakan media sosial untuk mengusik bapanya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dalam laman Instagram rasminya, memuat naik sekeping gambarnya dalam keadaan berjogging di tepi pantai .

Kelihatan dalam gambar itu ialah seorang perempuan, dengan memakai baju kurung dan berkaca mata hitam.

Nurul Izzah turut menulis catatan ringkas: “Kami bergegas ke pantai, cuba mengesan calon #1. Papa, di mana gerangan? Lepas berlari-lari anak di tepian pantai, jangan lupa keluar mengundi.”

Kelmarin, Anwar memuat naik gambar memaparkannya berjogging di tepi pantai, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan dan stamina di sebalik kesibukan berkempen.

Foto: Insta Nurul Izzah

Kelmarin , Anwar meluangkan waktu paginya dengan berlari di pantai Port Dickson untuk bekalan tenaga tambahan bagi kempennya.

“Pagi ini luang masa untuk berlari-lari anak di sekitar pantai Teluk Kemang.
“Meski terkekang dengan jadual padat kempen, kesihatan dan stamina jangan diremehkan.

“Ternyata permulaan yang menyegarkan untuk hari ini,” tulis Anwar pada kapsyen gambar beliau berlari yang dimuat naik di Twitter.

Anwar dicabar enam orang calon lain yang terdiri daripada seorang calon PAS dan lima calon Bebas pada 13 Oktober.

PRK ini akan membuka laluan untuk Anwar menjadi Ahli Parlimen, dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sekitar dua tahun. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru