SIBU: Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim hari ini memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat dakwaan kes kaki seorang bayi cedera ketika menjalani rawatan di Hospital Sibu.

Dalam satu kenyataan kepada media, beliau memberitahu, pihaknya mengambil serius insiden yang tular di media sosial oleh pemilik akaun Sufian Comell yang mendakwa kecuaian kakitangan Hospital Sibu ketika memberi rawatan menyebabkan kaki pesakit bengkak dan cedera.

“Kementerian Kesihatan Malaysia prihatin akan masalah yang dihadapi oleh pesakit dan akan memastikan siasatan yang telus dan mengikut prosedur.

Pada Rabu, bapa bayi malang berkenaan memuat naik gambar yang memperlihat kaki anaknya yang berwarna kehitam-hitaman dari paras buku lali ke bawah.

Katanya, kaki bayi tersebut normal dan sihat ketika berada di Hospital Mukah dan berubah sebaliknya ketika di Hospital Sibu.

Pada 18 September lalu, kakitangan hospital berkenaan mengambil sampel darah bayi malang itu, menyebabkan kaki kanannya membiru hingga sekarang.

Bayi malang itu dihantar ke Hospital Sibu setelah disyaki berhadapan jangkitan kuman dalam darahnya. –Sarawakvoice