Sunday, June 26, 2022

SPRM tahan Rosmah Mansor, didakwa esok

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

Penahanan itu dibuat pada jam 3.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018, jam 8.00 pagi untuk pertuduhan tersebut, kata SPRM dalam satu kenyataan sebentar tadi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru