Tuesday, August 16, 2022

Wan Junaidi bengang, projek yang RM486 juta yang diluluskan untuk Sarawak dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan

Secara Rawak

KUCHING: Bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam, ‘bengang’ dengan tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang membatalkan banyak projek pembangunan di Sarawak, atas alasan hutang negara yang berlambak.

Kata Ahli Parlimen Santubong itu, keseluruhan projek yang dibatalkan bernilai RM486 juta, dan ia telah diluluskan oleh kementeriannya sebelum ini.

“Antara yang menjadi mangsa ialah Projek Tebatan Banjir di Kuching yang bernilai RM150 juta dan Projek Tebatan Banjir di Sibu yang bernilai RM100 juta.

“Ini semua adalah mainan politik mereka dan rakyat menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmatnya di sini semalam.

Wan Junaidi mengakui, akibat pembatalan tersebut, beliau tidak dapat menjawab pertanyaan rakyat berhubung projek-projek tersebut. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru