SIBU: Tiga penumpang ambulans termasuk seorang pesakit yang dalam perjalanan menuju ke Hospital Sibu berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit kemalangan di Batu 6, Jalan Tunku Abdul Rahman hari ini.

Bagaimanapun kesemua penumpang itu hanya mengalami cedera ringan.

Manakala pemandu ambulans tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam kejadian sekitar 1.59 petang itu, ambulans Hospital Mukah itu dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Hospital Sibu.

Ia membawa seorang pesakit dan ibunya serta seorang jururawat sebelum hilang kawalan dan terbalik di tepi jalan.

Kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut. –Sarawakvoice