Monday, August 15, 2022

Tahniah, UNIMAS catat sejarah tersenarai universiti terbaik dunia

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencatat sejarah apabila buat julung kalinya disenaraikan dalam Times Higher Education (World University Ranking) 2019 sejak penubuhannya pada tahun 1992.

Menurut kenyataan universiti tersebut hari ini, ia adalah pencapaian yang begitu signifikan sempena sambutan 25 tahun UNIMAS.

Dalam senarai itu, UNIMAS dinobat antara 1,001 universiti terbaik di peringkat antarabangsa dan mengungguli kedudukan 11 universiti terbaik di Malaysia.

Ia juga menjadikannya sebagai universiti pertama yang disenaraikan dari rantau Borneo.

Selain UNIMAS, universiti lain yang turut tersenarai ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tenaga nasional (UNITEN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

THE World University Ranking 2019 melihat kepada lima komponen utama untuk menilai kedudukan pencapaian setiap universiti iaitu; Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pengantarabangsaan dan Pendapatan hasil daripada kolaborasi Industri.

UNIMAS juga telah mencapai skor tertinggi dalam kriteria Pengantarabangsaan yang memberi petunjuk bahawa UNIMAS semakin diiktiraf dan dikenali di peringkat global.

Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan bahawa UNIMAS telah mencapai standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam Pengajaran, Penyelidikan, Sitasi, Pengantarabangsaan dan Pendapatan, hasil daripada kolaborasi Industri. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru