Monday, August 15, 2022

Polis masih siasat punca nahas pertembungan dua bot di Sungai Limpaku Pinang, Limbang

Secara Rawak

LIMBANG: Polis Limbang masih menyiasat punca tragedi pelanggaran yang membabitkan sebuat bot penambang dan sebuah bot laju berhampiran selekoh Sungai Limpaku Pinang, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat, termasuk menemu bual semua mangsa dan saksi yang terlibat sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Dalam nahas yang berlaku sekitar jam 2.05 petang semalam, empat maut, masing-masing dua daripada bot laju dari Temburong, Brunei dan dua penumpang bot penambang menuju Kampung Limpaku Pinang.

Dua penumpang bot laju yang maut ialah Sanah Lisa, 60 tahun dari Kampung Nagalang, Temburong dan Rosmawati Manaf, 47 tahun dari Kampung Selayong, Senkurong, Brunei.

Manakala dua penumpang bot penambang, yang kemudian ditemui lemas ialah Awangku Mohd Syukri Awangku Shahrizan, 7 tahun dari Kampung Limpaku Pinang dan Mohammad Nazmi Marali, 21 tahun dari Kampung Malangangai di sini.

Difahamkan, Rosmawati merupakan pegawai kanan Telekom Brunei Berhad (Telbru) manakala Sanah, baharu sahaja menghadiri majlis hari jadi cucunya, ketika kejadian berlaku.

Mereka menaiki bot laju yang membawa 20 penumpang dari Pekan Bangar di Temburong menuju Bandar Seri Begawan.

Kesemua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Limbang untuk proses bedah siasat, sebelum dituntut keluarga. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru