PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan pelantikan Dr Hasnita Hashim sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baharu.

Dilantik atas sifat pengalaman dan merit, Dr Hasnita mempunyai kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik dari Oxford University dan berpengalaman selama 26 tahun dalam pengurusan kewangan global.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

Memulakan kerjaya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari, beliau merupakan ahli Institute of Actuaries.

Dr Hasnita kini adalah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

Sementara itu, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak;Dr Nungsari Ahmad Radhi;
Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin; Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed;
Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Zakri Khir dilantik ahli Majlis Mara berkuat kuasa 1 Oktober depan. –Sarawakvoice