Friday, August 19, 2022

Kejohanan Bola Sepak Veteran Kabong : Santai Legend FC dan Sessang Veteran FC berentap petang ini (26 September)

Secara Rawak

KABONG: Kejohanan Bola Sepak Veteran Daerah Kabong telah menyingkap tirai dengan menyaksikan aksi pertama Pasukan Vat 11 (PSKPP Betong) dalam Kumpulan A tidak menghadapi banyak masalah untuk membenam pasukan SKAL Community dengan jaringan 10 gol tanpa balas dalam aksi pembukaan liga pada 22 September.

Kemenangan besar yang dicatat pasukan itu yang dilabel sebagai pasukan pilihan memang dijangka sedari awal kerana pasukan tersebut merupakan wakil Jabatan Pendidikan Bahagian Betong untuk ke pertandingan bola sepak PSKPP Peringkat Negeri Sarawak di Mukah Oktober depan.

Manakala dalam perlawanan kedua liga pada 23 September, pasukan Santana Legend menumpaskan pasukan Saratok Veteran dengan jaringan 3-1 untuk aksi kumpulan B.

Sebanyak sembilan pasukan iaitu SKAL Community, Vet 11 (PSKPP Betong), Santai Legend
Santana Legend, MCK Veteran, Suka Hati FC, Saratok Veteran Rebah Rempah FC dan Sessang Veteran menyertai kejohanan pada kali ini.

Untuk petang ini (26 September) pertemuan menarik akan dapat disaksikan di antara pasukan Sessang Veteran akan bertemu pasukan Santai Legend dari Kumpulan C. Sepak mula akan berlangsung jam 4 petang.

Peminat bola sepak dari sekitar daerah ini diharap tidak melepaskan peluang dan hadir beramai – ramai ke padang Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong pada petang ini untuk menonton, memberi sokongan kepada pasukan dan seterusnya memeriahkan lagi kejohanan. –Sarawakvoice

Santana Legend FC
SKAL Community
Saratok Veteran FC

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru