Tuesday, September 27, 2022

Kaedah “debat” Zakir Naik tidak sesuai di M’sia, “dialog” dan cara lain lebih sesuai — Dr Mujahid

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Terbaharu ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkaitan pendakwah terkenal dunia asal India, Dr Zakir Naik — mengundang rasa tidak puas hati dan “kecaman” dalam kalangan pihak tertentu termasuk ahli politik.

Mujahid sebelum ini dilaporkan berkata kaedah Zakir Naik dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan pendekatan dakwah di negara ini.

Anggota Parlimen Parit Buntar itu bagaimanapun berkata, beliau tetap menghormati Zakir Naik, cuma merasakan kaedah yang digunakan beliau tidak sesuai diaplikasi di Malaysia.

Mujahid menyebut cara digunakan termasuk jika digunakan oleh pihak agama lain yang menyerang doktrin sesuatu agama adalah tidak sesuai dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama.

Terkini, memetik laporan Malaysiakini, Mujahid berkata pendirian beliau terhadap Zakir Naik konsisten sama seperti 2016, cuma mungkin ada pihak merasakan sebaliknya.

Mujahid berkata, perkara yang beliau sebut berkaitan Zakir Naik ialah cara perdebatan dalam dakwah beliau.

Menurut Mujahid, kebenaran agama dapat ditonjolkan dengan pelbagai cara termasuk melalui dialog antara agama dan tidak semestinya menggunakan pendekatan Zakir Naik. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru