Thursday, August 11, 2022

Amanah lancarkan jentera pilihan raya negeri Sarawak 2021 Sabtu ini

Secara Rawak

KUCHING: Bersiap siaga awal untuk berdepan ibu segala pilihan raya negeri pada 2021.

Itulah yang dilakukan oleh Parti Amanah Negara (Amanah).

Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sarawak akan disempurnakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub pada 1 petang Sabtu ini di Hotel Grand Continental di sini.

Pada pilihan raya negeri lalu, Amanah tewas di semua 13 kerusi yang ditandinginya.
PRN 2021 dijangka sengit selepas Pakatan Harapan memenangi 19 kerusi daripada 31 kerusi di Sarawak, termasuk selepas dua wakil rakyat Bebas menyertainya.

Kemenangan itu memberi kekuatan kepada PH untuk menambah kerusi yang dimenangi pada PRN 2016.

Pada PRN 2021 DAP dijanga bertanding di 29 kerusi manakala PKR 40, namun jika Bersatu sudah bertapak di Sarawak dijangka jumlah kerusi ditandingi masing-masing parti perlu dirundingkan semula.

Pada PRN 2016, Pakatan Harapan memenangi 10 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri; 7 DAP dan tiga kerusi dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR). –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru