KAPIT: Sebuah rumah panjang di Nanga Makut, Katibas di Song musnah dalam satu kebakaran sekitar jam 10.00 pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.21 pagi dan enam anggota telah dikejarkan ke lokasi dengan menaiki bot aluminium dari Balai Song.

Difahamkan perjalanan menuju lokasi mengambil masa dua jam dari jeti Song, justeru maklumat rasmi masih belum diterima.

Rumah Dagom yang diketuai oleh Tuai Rumah Dagom Sangai mempunyai 31 pintu, dengan penghuni seramai 256 orang. –Sarawakvoice