Monday, August 8, 2022

Keluarga Stanley ucap terima kasih, adakan makan selamat esok

Secara Rawak

KUCHING: ” Terima kasih!” itu yang diluahkan keluarga Stanley Kho Tze Hang, 22 tahun selepas lelaki tersebut ditemui selamat di kaki Gunung Singai pada Ahad lalu.

Sebelumnya, dia dilaporkan hilang secara misteri selepas melakukan pendakian berseorangan, selepas berpisah daripada rakan-rakannya.

Dalam sidang media khas semalam, keluarga mangsa memberitahu, mereka akan mengadakan “makan selamat” bertempat di kawasan parkir Gunung Singai pada 7 malam, esok.

“Ia juga bagi meraikan penat lelah semua pasukan pencari dan penyelamat (SAR), termasuk penduduk kampung yang terlibat dalam operasi tersebut.

Dalam insiden tersebut, Stanley ‘ghaib’ setelah melakukan pendakian sekitar jam 8 pagi, dan kali terakhir dihubungi melalui aplikasi wechat dua jam kemudian.

Gambar fail

Ketika operasi memasuki hari keenam, pasukan SAR menemui kesan tapak kaki dan rebung dipatahkan, petunjuk pertama, selepas lebih 300 penyelamat, yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan, pertubuhan, malah sukarelawan dan pengamal kaedah alternatif menyelongkar seluruh gunung terbabit.

Ini termasuk menggunakan teknik pencarian moden seperti radio kecemasan dan dron, selain kaedah mengesan menggunakan anjing K9.

Mangsa ditemui Ahad lalu, selepas jeritan meminta tolongnya didengari penduduk Kampung Tanjung Buwong, yang kemudian mengambil inisiatif menjejak mangsa.

Ketika ditemui pada jam 8.10 pagi, Stanley hanya berseluar katik tanpa baju, kesejukan, kebingungan dan cedera.

Pasukan penyelamat kemudian mengambil masa lebih 20 minit untuk tiba di lokasi selepas dimaklumkan, sebelum berjaya membawa mangsa ke pusat kawalan bomba. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru