Sunday, December 5, 2021

Usah beri tekanan teruk kepada murid yang jalani UPSR – Kementerian Pendidikan

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak harus dijadikan sebagai ‘penilaian tahap tinggi’ sehingga memberikan tekanan teruk kepada murid.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya hari ini berhasrat mengurangkan penekanan terhadap peperiksaan tersebut.

“Fokus utama KPM terhadap UPSR adalah untuk melihat tahap penguasaan minimum murid setelah melalui pembelajaran selama enam tahun di sekolah.

UPSR katanya, bukan suatu peperiksaan pada peringkat persijilan.

Justeru KPM memohon pihak media dapat membantu dalam menyalurkan maklumat tentang tujuan peperiksaan dilaksanakan.

“Ia termasuk memberi kefahaman tentang sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan.

Seramai 440,743 calon mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di seluruh negara bermula hari ini hingga 27 September ini yang berlangsung di 8,100 pusat peperiksaan. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru