Monday, October 25, 2021

Anak rompak, serang ibu di Perumahan MLNG Bintulu dicekup di terminal bas

Mesti baca

BINTULU: Selepas lima hari diburu, suspek utama kes tetak dan rompak ibu kandung di Perumahan MLNG pada 19 September lalu berjaya dicekup polis di terminal di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili ketika mengesahkan tangkapan itu berkata, suspek yang berusia 36 tahun turut didapati positif dadah selepas menjalani saringan kencing.

“Pihak kita turut merampas beberapa dokumen dan barangan milik mangsa pada suspek untuk dijadikan bahan bukti pendakwaan

Menurut Zulkipli, pihaknya percaya, penangkapan itu menyelesaikan kes rompakan bersenjata yang melibatkan seorang warga emas berumur 61 tahun itu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Suspek katanya, dibawa ke Mahkamah Bintulu hari ini untuk proses permohonan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam kejadian pada 19 September lalu, mangsa sedang tidur di dalam bilik sebelum didatangi suspek sekitar jam 11.00 pagi dan berlaku pergelutan.

Suspek kemudian bertindak agresif mencederakan mangsa menggunakan objek tajam mengakibatkan pendarahan teruk pada mukanya.

Suspek kemudian menghilangkan diri bersama-sama beg tangan mangsa yang mengandungi beberapa dokumen penting serta wang tunai RM500. –Sarawakvoice

Secara Rawak

Artikel Terbaru